24 October 2014

Selamat Tahun Baru !



Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru semua.
Mintak Maaf pada semua kawan kawan 
if ada buat salah silap dekat korang
mari kita perbaiki diri untuk tahun seterusnya
insya Allah


Doa Awal Tahun

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Segala puji pujian itu bagi Allah pentadbir sekalian alam,
Selawat dan salam keatas semulia-mulia Nabi dan Rasul 
Dan diatas keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas 
kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah 
dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, 
kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya 
daripada syaitan yang direjam, 
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya 
dan kami memohon pertolongan dari nafsu 
yang banyak mendorong kepada kejahatan 
dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan 
yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, 
Tuhan yang merubah segala keadaan, 
ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan 
dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat 
dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, 
ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. 

Semoga Allah menerima doa kita semua.
Ameen~




11 October 2014

Masa Berlalu



Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Assalamualaikum

Lama tak update blog,
sibuk sangat ? 
entahlah.
masa cepat sangat berlalu.
macam macam
masalah Allah uji
Tapi
Allah tak bagi hamba dia masalah je
ada jugak yang manis.
Sebab itu, tolong kuat nak hadap semua masalah ni.
Untuk terus dapat yang manis tu
Please !

Readers, tolong doakan kan saya semua masalah saya selesai.
Saya doakan kamu semua dirahmati Allah hendaknya~
Ameen 

Tahun ni seorang kawan dah selamat di ijab kabul,
Taniah Zahidah & Khuzaifah,
walaupun dah lama korang nikah,
tapi dila nak cakap jugak dalam ni
bahagia je tengok gambar korang,
jelez~
hee~

Cerita pergi hiking Gunung Angsi, 
best. Lama sangat tak hiking.
Last naik tingkatan 4,
bila fikir-fikir kan balik 
rindu~
Zaman sekolah. Zaman kurus. Zaman lepak.
Segala,
masa. kesalahan. kejayaan. kenangan.
yang kita hadapi dulu 
tu semua ilmu kita ada sekarang
untuk hadapi masa yang datang.

Sekarang. 
masa untuk fikirkan
Diri.
Emak & Ayah.
Keluarga.





 
by NurFadhilah 2012 .Credit. Hafizah