09 August 2012

Pertemuan Ketiga

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large
Usrah ketiga bersama Sumaiyah , Zahidah , Shahirah , Nabilah , Amirah & Kak Ain
Assalamualaikum..
Tajuk Kali ni
IKHLAS

Mula kami Solat Terawih yg
Sumaiyah jadi iman ^^
Habis solat Terawih
perbincangan dimulakan dgn Al-Fatihah
Ikhlas ber erti pembersihan & penyucian niat daripada sebarang kekotoran
niat daripada sebarang kekotoran & penyakit yg menadoi keikhlasan 
untk menghampirkan diri kpd Allah s.w.t dlm segala laku perbuatan ibadat. 
Buku Urah Siri 3 M/S 33 ^^
Contoh perbuatan Ikhlas
Berpuasa bagi menghindarkan & perbuatan maksiat atau
untuk menambahkan pahala dan untuk kesihatann^^

Contoh perbuatan tidak Ikhlas
Berpuasa disebabkan tak payah masak macam kalau tak puasa
kan kena masak pagi, tengah hari, malam
faham kan? tak faham tanyalaa ^^

Niat Ikhlas terletak pada niat setiap amalan yang kita lakukan
Sabda Rasulullah S.A.W : 
Maksudnya : " Sesungguhnya Segala amal adalah dengan niat dan sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang di niatkan ".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
okay kite seterusnya 
kami bincangkan musuh-musuh kepada Ikhlas
(1) Hasad Dengki
Ialah mengharapkan kelebihan yang ada pada seseorang itu akan hilang.
sifat ni dilarang keras dalam islam, perbuatan ni 
dlm ketegori melakukan kezaliman
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : " Patutkah mereka (kaum Yahudi) dengki kepada manusia
(Nabi Muhammad S.A.W & umatnya) disebabkan 
(pengiat Nabi Muhammad S.A.W & Agama Islam) yang telah diberikan
kepada Allah kepada mereka dengan limpah kurnia-Nya? 
Kerana sesungguhnya Kami telah pun memberikan keeluarga Ibrahim kitab
(agama) dan hikmat (pangkat nabi) dan Kami ttelah memberikan kepada
mereka kerajaan yang besar "
(al-Nisa' : 54)
Punca2 Hasad Dengki :
Permusuhan & kebencian
faham kan ni^^
Ta'azzuz 
Merasa tidak senang dengan kelebihan orang lain
Takbur
Sikap sombong, mminta dilayani dan mengharapkan orang lain
akan mematuhi nya.
Ta'jub
Iaitu merasa hairan jika orang lain mendapat kelebihan tapi 
dirinya tidak peroleh pujian, pangkat dan sewaktu dengan nya
Sebenarnya perasaan ni satu perasaan yang tak boleh lebih dari orang lain
nak dia je atas, tapi sebagai seorang muslim kite kena ingat
takdir dan kehendak Allah S.W.T tidak boleh kita nak lawan. Kita perlu
IKHLASkan hati & jauhikan diri dari sifat ni ^^

(2) Riak
Ialah bermegah-megahanan
Hukum riak adalah haram sebagaimana dijelaskan di dalam 
Al-Quran & hadis-hadis Rasulullah S.W.T
Firman Allah  S.W.T :
Maksudnya : " (Kalau orang yang sedemikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai dan menyempurnakan solatnya (Juga bagi) orang-orang yg berkedaan riak (dalam ibadah dan bawaannya) "
Riak ni ada banyak
Petama " Riak pada tubuh badan "
Yang ni riak dengan badan sendiri
tak semestinya dengan tunjuk badan tu cantik atau tegap
tapi kalau saje2 buat badan lembik nak tunjuk dia berpuasa
sunat, nanti semua orang mesti cakap rajin nya dia puasa
seperti mereka nak kan pujian bila berpuasa,
apa pun Allah S.W.T lebih mengetahui.
Kedua " Riak pada pakaian"
Ni tau kan megah2 dengan baju mereka.
Ketiga " Riak pada kata-kata "
yang ni lebih tersembunyi dari pengetahuan orang ramai,
contoh macam sesorang tu marah apabila kawan nya 
melakukan kemungkaran sedangkan dia melakukan
kemungkaran itu juga.
Keempat " Riak pada perbuatan "
bermaksud dia melakukan sesuatu perbuatan tu
hanya untuk pujian atau 
bagi menampak kan dirinya seorang yang ringan tulang.
Kelima "Riak kerana ramai peminat "
yang ni bahaya sikit andai lah pemimpin itu suka & gembira 
dengan sanjungan tu 
ia, boleh membinasakan dirinya.

(3) Prasangka
bermaksud suatu tanggapan yang tidak baik terhadap
seseorang tanpa usul periksa terlebih dahulu
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka (kerana) sebahagian & prasangka itu adalah dosa "
(Al-Hujurat : 12)
Kesimpulan nya ketiga-tiga contoh musuh2 ikhlas merupakan jalan-jalan syaitan untuk merosakkan hati manusia.
Jadi rajin-rajinkan diri untuk membersih kan hati kita ^^

 Ditanya kepada Ibrahim bin Adham, Mengapa doa kami tidak dikabulkan, padahal 
Allah telah berfirman : 
" Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu "
(al-Mukmin : 60)
Ibrahim bin Adham menjawab : " Kerana hati kalian telah mati "
Ditanya lagi " Apakah yang mematikannya ? 
Ibrahim Adham membalas " Ada lapan hal :
Kamu tidak melakukan hak-hak Allah walaupun kamu mengetahuinya
Kamu ungkapkan bahawa kamu cintakan Rasullullah S.A.W tetapi kamu tidak melakukan sunnahnya
Kamu kata bahawa kamu takut pada mati tetapi kamu tidak bersiapkan diri untuk menghadapinya
Kamu kata syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu melakukan maksiat
Kamu gentar akan api NERAKA tetapi kamu sendiri campakkan diri ke sana
Kamu suka kan Syurga impikan nya tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkan nya
Kamu melindungi aib kamu tetapi aib rakan atau orang lain kamu perkatakan
MAKA bagaimana DIA akan mengkabulkan doamu
Footnote : Usrah Siri3 
Hanya berkongsi cerita
agar kita bersama selangkah ke "DIA"
Bergembira bersama Sumaiyah, Zahidah, Nabila, Shahirah, Amirah, Kak Ain

0 comment:

 
by NurFadhilah 2012 .Credit. Hafizah