20 July 2012

Usrah

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large
Usrah bersama Sumaiyah , Zahidah , Shahirah , Nabilah , Amirah & Kak Ain
Khadijah tak dpt dtg sebab ada mesyuarat 


Sumaiyah Naqibah, 
Naqibah ni macam ketua atau pemimpin dalam usrah ^^
dan giliran Shahirah bawak makanan
hehe


Saya kena terangkan 
berkaitan akidah , ibadah dan akhlak
dengan rujukan buku usrah..
dari apa yang difahami 
tanpa akidah yang kukuh dan mantap
ibadah kita tidak akan sempurna
bila ibadah tak sempurna 
macam mana Allah nak terima ibadah kita 
kalau kita buat sambil lewa je semua,
sebab tu kita kena betulkan 
benda yang kita anggap benda tu macam remeh je..
Oky,
bila kita punya akidah dan ibadah dah teratur cantik..
mesti akhlak seseorg tu akan menjadi tambah baik


Satu soalan diberi kepada kami
Seseorang Wanita itu sembahyang cukup,
bila masuk azan je terus pg solat,
tidak melewat2kan solat,
tetapi auratnye terbuka 
&
rambutnya di'kaler'kan
sebagai seorang sahabat sejati ^^
kehkeh..
macam mana nak tegur si DIA 


Kita tegur dia secara halus,
tak pun pakai idea sumaiyah,
tegur mase tgah begurau2 dengan kawan
walaupun mase tu dia tak pikirkan
tapi nanti bila die sorang2 mesti die ingat balik
apa yang kita ckp ^^
Tak Pun semua org mesti tau hadis ni..

Rasulullah s.a.w. :
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman"
(hadith Riwayat Muslim)
Janganlah kita nak pakai yang memang terang2 ckp
selemah-lemah iman..
mari kita tolong saudara kita 
InsyaAllah 
kamu berjaya ^^


Naqibah saya pandai nak buat usrah kami happy je
dia buat game
Kami kena listkan 50 perkara yang penting dalam diri kamu?
jadi dila listkanlah
macam2lah listkan
Allah, Rasullulah, Emak, Ayah
dan seterusnye sampai tak tau nak masuk kan
orang tulis makan, coklat, katil 
hehe..
macam2lah..
patu dah habis dia mintak keluarkan 10 dari 50 yg terpenting 
kita listkan tadi
memang sengal lah otak memilih
last sekali suruh keluarkan 1 yang terpenting
dila pilih mak
yang lain lebih kurang jugak
Tapi last Sumaiyah, 
kata benda yang penting dalam hidup kita adalah
'SYURGA'
ulasan nya


tanpa Taat pada Allah S.W.T
kita tidak dapat ke Syurga
tanpa Mengikuti suruhan 
Nabi Muhammad S.A.W kita tidak ke Syurga
tanpa Menghormati kedua IbuBapa, 
kita tidak ke Syurga 


kan lengkap tu kalu kita jadikan syurga 
perkara terpenting dalam diri kita
^^
Jumpa lagi^^
Assalamualaikum. . .

0 comment:

 
by NurFadhilah 2012 .Credit. Hafizah