11 December 2012

Bila Dia~

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu,
maka Dia ingin mengujimu.
Bila dia tidak memakbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu,
bersangka baiklah dalam apa jua keadaan,
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaaNya.


17 November 2012

Ya Allah !!

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Ya Allah !!
Please Save Palestine
Let's Pray for GAZA!!

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah,
Sebagaimana Engkau pernah menghantar
burung-burung Ababil
menghancurkan tentera bergajah Musyrikin
maka kami memohon
kepada-Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palastine
hancurkanlah rejim zionis ya Allah
kalahkan mereka
dan menangkanlah kami ke atas mereka..
Ya Allah...
Amin...



15 November 2012

Alhamdulillah

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Alhamdulillah,
Saya masih bernafas lagi
Alhamdulillah,
Saya masih boleh melihat, bercakap, & bergerak
Alhamdulillah,
Saya dapat makan dan minum yang mencukupi
Alhamdulillah,
Saya hidup dengan aman damai
Alhamdulillah,
Orang disekeliling masih menyayangi diri saya
Alhamdulillah,
Saya masih merasai nikmat Allah S.W.T

Alhamdulillah,
Saya dapat terus beribadah kepada-Nya
pada tahun baru ini 
"Salam Maal Hijrah"



03 November 2012

...

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Barangsiapa diuji lalu besabar,
Diberi lalu bersyukur,
Dizalimi lalu memaafkan
&
beristighfar maka bagi mereka keselamatan
&
mereka tergolong orang-orang 
yang memperolehi hidayah

HR. Al-Baihaqi

Happy Birthday, Ayah

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Ayah,
Selamat Hari Lahir 
yang ke-46 tahun

Ayah,
terima kasih sebab didik, jaga, sayang
pada dila.
Dila rasa bertuah sebab jadi anak perempuan ayah.
Ayah,
dila mintak maaf sebab banyak beban kan ayah
suatu hari nanti dila akan buat ayah bangga dengan dila 

dila tak kan lupa jasa ayah,
dila sentiasa doakan ayah,
paling penting dila,
sayangkan ayah

❤ you so much!


3 November 2012

02 November 2012

Nasihat Ibnu Qayyim Al-Jauziah

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large


❤ Dalam hati manusia ada kekusutan & tidak terurai 
kecuali menerima kehendak Allah

❤ Dalam hati manusia ada keganasan & tidak hilang 
kecuali mendekati Allah

❤ Dalam hati manusia ada kesedihan & tidak hilang
kecuali seronok mengenali Allah

❤ Dalam hati manusia ada kegelisahan & tidak tenang serta damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah

❤ Dalam hati manusia ada penyesalan & tidak padam 
kecuali reda dengan suruhan dan larangan-Nya, Qadak dan Qadar serta
sentiasa sabar sehingga menemui Allah

❤ Dalam hati manusia ada hajat & tidak terbendung 
kecuali kecintaan kepada Allah dan bermohon kepada Allah

❤ Sentiasa berzikir kepada Allah adalah keikhlasan sebenar kepada Allah. 
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia,
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati hamba itu.



I know I have little  knowledge about ISLAM,
but,
I really want to "learn" and "share"...
 Remind Me Words of Islam


31 October 2012

Dendam

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large


"DOA"

Wahai Allah,
ditangan-Mu tergenggam kekuasaan tanpa batasan.
Engkau berkhendak sesuai dengan keinginan-Mu
&
tidak ada seorang pun yang mampu menghalang-Mu.
Meskipun demikian,
Engkau tetap memberi kesempatan kepada orang-orang
yang derhaka kerana Engkau masih menyayangi mereka.
Dengan itu,
aku memohon daripada-Mu,
masukkan sifat belas kasihan-Mu 

ke dalam diriku
supaya aku suka memaafkan orang-orang
yang menyakitkan hatiku.
Hapuskanlah rasa dendam yang ada di hatiku
supaya aku dapat merasakan kehadiran-Mu 

Ya Allah!!
"biar Allah yang membalasnya"


24 October 2012

Salam AidilAdha

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large


Selamat Menyambut 
Hari Raya
 AidilAdha!!



Jangan Lupa Puasa Sunat 
9 Zulhijjah!!



23 October 2012

korang, happy holiday ^^

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Semester Break!
nak buat apa cuti ni?
keje?
sebulan je pun cuti..
Jadi duduk rumah
menyihatkan lagi badan..
Yeah!!
^^
Korang...
Izni, Sumaiyah, Zahidah Eriyana, Izzah, Diba, Shafina, Farahin
will Miss you guys,
tak lupa budak kelas DIA yang lain terutama
Kyra & Maleesa
kui kui kui
Jumpa korang balik lepas 
"Semester Break"
..okay..


Sama2 doakan Result semua okay ^^
InsyaAllah~

26 September 2012

Hye, Good Luck !

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

Good Luck!!
untuk 
Adik 
Khadijah Nabilah Zahri & Syaza Zuhairah Zahri
khadijah nak SPM & Syaza nak PMR 
buat elok2 oky :)
always pray for both of you
sayang korang!!

Kawan
KUIS :
Sumaiyah, Izni, Zahidah, Izzah, Eriyana, Diba, Shafina, Farahin, Latifah, Shahirah, Nabila, Kak Ain, Aini, Amira, Kyra, Maleesa, Nadhirah, Khadijah, Farhana, Tasha..... :)

Hadi, Redhuan, Qaiyum, Amin, Danial2, Rabbani, Shushamirul, Adam
& semualaa.. sape2 tertinggal tu maaf yee..
korang... GOOD LUCK buat elok2.. 
maya & semua halalkan ape yang korang ajar kat aku :)

Saya Nur Fadhilah Zahri
mendoakan untuk korang semua 
mintak2 dapat result gempak !!
^^





02 September 2012

happy birthday

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large
Happy Birthday Muhammad Danial 
Akak doakan adik akak
Berjaya dunia Akhirat
Taat dgn perintah Allah
Jadi Anak yang Taat dengan mak & ayah 
Tambah handsome
Dengar cakap kakak2! ! ! 
paling penting "Akak Sayang Danial" oky^^
kalau kene belasah dgn akak tu ada sebab oky...
Love YoU ^^
dari kakak awak ^^
02.09.2012

20 August 2012

Selamat Hari raya

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large
SELAMAT HARI RAYA
Saya Nur Fadhilah Binti Mohd Zahri
ingin meminta maaf
jika 
saya tersalah kata
saya tertinggi suara
saya termarah kamu
saya tersakit kan hati kamu
saya terguriskan hati kamu
Maafkan saya ye
Jangan simpan dalam hati ky^^
Untuk semua yang mengenali, dikenali & pembaca
terutama mereka-mereka
Keluarga-Keluarga
Kawan-kawan Sekolah
Kawan-kawan Kolej
&
Semua Kawan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!"

09 August 2012

Pertemuan Ketiga

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large
Usrah ketiga bersama Sumaiyah , Zahidah , Shahirah , Nabilah , Amirah & Kak Ain
Assalamualaikum..
Tajuk Kali ni
IKHLAS

Mula kami Solat Terawih yg
Sumaiyah jadi iman ^^
Habis solat Terawih
perbincangan dimulakan dgn Al-Fatihah
Ikhlas ber erti pembersihan & penyucian niat daripada sebarang kekotoran
niat daripada sebarang kekotoran & penyakit yg menadoi keikhlasan 
untk menghampirkan diri kpd Allah s.w.t dlm segala laku perbuatan ibadat. 
Buku Urah Siri 3 M/S 33 ^^
Contoh perbuatan Ikhlas
Berpuasa bagi menghindarkan & perbuatan maksiat atau
untuk menambahkan pahala dan untuk kesihatann^^

Contoh perbuatan tidak Ikhlas
Berpuasa disebabkan tak payah masak macam kalau tak puasa
kan kena masak pagi, tengah hari, malam
faham kan? tak faham tanyalaa ^^

Niat Ikhlas terletak pada niat setiap amalan yang kita lakukan
Sabda Rasulullah S.A.W : 
Maksudnya : " Sesungguhnya Segala amal adalah dengan niat dan sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang di niatkan ".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
okay kite seterusnya 
kami bincangkan musuh-musuh kepada Ikhlas
(1) Hasad Dengki
Ialah mengharapkan kelebihan yang ada pada seseorang itu akan hilang.
sifat ni dilarang keras dalam islam, perbuatan ni 
dlm ketegori melakukan kezaliman
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : " Patutkah mereka (kaum Yahudi) dengki kepada manusia
(Nabi Muhammad S.A.W & umatnya) disebabkan 
(pengiat Nabi Muhammad S.A.W & Agama Islam) yang telah diberikan
kepada Allah kepada mereka dengan limpah kurnia-Nya? 
Kerana sesungguhnya Kami telah pun memberikan keeluarga Ibrahim kitab
(agama) dan hikmat (pangkat nabi) dan Kami ttelah memberikan kepada
mereka kerajaan yang besar "
(al-Nisa' : 54)
Punca2 Hasad Dengki :
Permusuhan & kebencian
faham kan ni^^
Ta'azzuz 
Merasa tidak senang dengan kelebihan orang lain
Takbur
Sikap sombong, mminta dilayani dan mengharapkan orang lain
akan mematuhi nya.
Ta'jub
Iaitu merasa hairan jika orang lain mendapat kelebihan tapi 
dirinya tidak peroleh pujian, pangkat dan sewaktu dengan nya
Sebenarnya perasaan ni satu perasaan yang tak boleh lebih dari orang lain
nak dia je atas, tapi sebagai seorang muslim kite kena ingat
takdir dan kehendak Allah S.W.T tidak boleh kita nak lawan. Kita perlu
IKHLASkan hati & jauhikan diri dari sifat ni ^^

(2) Riak
Ialah bermegah-megahanan
Hukum riak adalah haram sebagaimana dijelaskan di dalam 
Al-Quran & hadis-hadis Rasulullah S.W.T
Firman Allah  S.W.T :
Maksudnya : " (Kalau orang yang sedemikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai dan menyempurnakan solatnya (Juga bagi) orang-orang yg berkedaan riak (dalam ibadah dan bawaannya) "
Riak ni ada banyak
Petama " Riak pada tubuh badan "
Yang ni riak dengan badan sendiri
tak semestinya dengan tunjuk badan tu cantik atau tegap
tapi kalau saje2 buat badan lembik nak tunjuk dia berpuasa
sunat, nanti semua orang mesti cakap rajin nya dia puasa
seperti mereka nak kan pujian bila berpuasa,
apa pun Allah S.W.T lebih mengetahui.
Kedua " Riak pada pakaian"
Ni tau kan megah2 dengan baju mereka.
Ketiga " Riak pada kata-kata "
yang ni lebih tersembunyi dari pengetahuan orang ramai,
contoh macam sesorang tu marah apabila kawan nya 
melakukan kemungkaran sedangkan dia melakukan
kemungkaran itu juga.
Keempat " Riak pada perbuatan "
bermaksud dia melakukan sesuatu perbuatan tu
hanya untuk pujian atau 
bagi menampak kan dirinya seorang yang ringan tulang.
Kelima "Riak kerana ramai peminat "
yang ni bahaya sikit andai lah pemimpin itu suka & gembira 
dengan sanjungan tu 
ia, boleh membinasakan dirinya.

(3) Prasangka
bermaksud suatu tanggapan yang tidak baik terhadap
seseorang tanpa usul periksa terlebih dahulu
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka (kerana) sebahagian & prasangka itu adalah dosa "
(Al-Hujurat : 12)
Kesimpulan nya ketiga-tiga contoh musuh2 ikhlas merupakan jalan-jalan syaitan untuk merosakkan hati manusia.
Jadi rajin-rajinkan diri untuk membersih kan hati kita ^^

 Ditanya kepada Ibrahim bin Adham, Mengapa doa kami tidak dikabulkan, padahal 
Allah telah berfirman : 
" Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu "
(al-Mukmin : 60)
Ibrahim bin Adham menjawab : " Kerana hati kalian telah mati "
Ditanya lagi " Apakah yang mematikannya ? 
Ibrahim Adham membalas " Ada lapan hal :
Kamu tidak melakukan hak-hak Allah walaupun kamu mengetahuinya
Kamu ungkapkan bahawa kamu cintakan Rasullullah S.A.W tetapi kamu tidak melakukan sunnahnya
Kamu kata bahawa kamu takut pada mati tetapi kamu tidak bersiapkan diri untuk menghadapinya
Kamu kata syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu melakukan maksiat
Kamu gentar akan api NERAKA tetapi kamu sendiri campakkan diri ke sana
Kamu suka kan Syurga impikan nya tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkan nya
Kamu melindungi aib kamu tetapi aib rakan atau orang lain kamu perkatakan
MAKA bagaimana DIA akan mengkabulkan doamu
Footnote : Usrah Siri3 
Hanya berkongsi cerita
agar kita bersama selangkah ke "DIA"
Bergembira bersama Sumaiyah, Zahidah, Nabila, Shahirah, Amirah, Kak Ain

20 July 2012

Ramadhan

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large

"Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan"
Pray All Your 5 Daily Solat
Recite Al-Quran
Do Lots Of Zikir
Make Lots Of Doa
Give In Charity
&
Help The Poor


Selamat Menjalani Ibadah Puasa !
Penuhkan nya dengan ibadah-ibadah 
kerana pahalanya berlipat kali ganda
Jangan Lepaskan Peluang kerana ia Limited Edition 
Jangan Lupa Kejar Malam
Lailatul Qadar
^^
"niat puasa"

Usrah

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large
Usrah bersama Sumaiyah , Zahidah , Shahirah , Nabilah , Amirah & Kak Ain
Khadijah tak dpt dtg sebab ada mesyuarat 


Sumaiyah Naqibah, 
Naqibah ni macam ketua atau pemimpin dalam usrah ^^
dan giliran Shahirah bawak makanan
hehe


Saya kena terangkan 
berkaitan akidah , ibadah dan akhlak
dengan rujukan buku usrah..
dari apa yang difahami 
tanpa akidah yang kukuh dan mantap
ibadah kita tidak akan sempurna
bila ibadah tak sempurna 
macam mana Allah nak terima ibadah kita 
kalau kita buat sambil lewa je semua,
sebab tu kita kena betulkan 
benda yang kita anggap benda tu macam remeh je..
Oky,
bila kita punya akidah dan ibadah dah teratur cantik..
mesti akhlak seseorg tu akan menjadi tambah baik


Satu soalan diberi kepada kami
Seseorang Wanita itu sembahyang cukup,
bila masuk azan je terus pg solat,
tidak melewat2kan solat,
tetapi auratnye terbuka 
&
rambutnya di'kaler'kan
sebagai seorang sahabat sejati ^^
kehkeh..
macam mana nak tegur si DIA 


Kita tegur dia secara halus,
tak pun pakai idea sumaiyah,
tegur mase tgah begurau2 dengan kawan
walaupun mase tu dia tak pikirkan
tapi nanti bila die sorang2 mesti die ingat balik
apa yang kita ckp ^^
Tak Pun semua org mesti tau hadis ni..

Rasulullah s.a.w. :
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman"
(hadith Riwayat Muslim)
Janganlah kita nak pakai yang memang terang2 ckp
selemah-lemah iman..
mari kita tolong saudara kita 
InsyaAllah 
kamu berjaya ^^


Naqibah saya pandai nak buat usrah kami happy je
dia buat game
Kami kena listkan 50 perkara yang penting dalam diri kamu?
jadi dila listkanlah
macam2lah listkan
Allah, Rasullulah, Emak, Ayah
dan seterusnye sampai tak tau nak masuk kan
orang tulis makan, coklat, katil 
hehe..
macam2lah..
patu dah habis dia mintak keluarkan 10 dari 50 yg terpenting 
kita listkan tadi
memang sengal lah otak memilih
last sekali suruh keluarkan 1 yang terpenting
dila pilih mak
yang lain lebih kurang jugak
Tapi last Sumaiyah, 
kata benda yang penting dalam hidup kita adalah
'SYURGA'
ulasan nya


tanpa Taat pada Allah S.W.T
kita tidak dapat ke Syurga
tanpa Mengikuti suruhan 
Nabi Muhammad S.A.W kita tidak ke Syurga
tanpa Menghormati kedua IbuBapa, 
kita tidak ke Syurga 


kan lengkap tu kalu kita jadikan syurga 
perkara terpenting dalam diri kita
^^
Jumpa lagi^^
Assalamualaikum. . .

30 May 2012

Hasnah Cookies

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large
Hasnah Cookies merupakan homemade cookies yang diadun dengan bahan yang halal dan berkualiti tinggi.
Hasnah cookies dijamin halal, bersih lagi mempunyai citarasa yang tinggi. 
Hasnah cookies telah beroperasi selama lebih 15 tahun dan telah dijual secara kecil-kecilan terus dari rumah. 
Mempunyai pelanggan tetap pada setiap kali perayaan membuatkan Hasnah Cookies mampu untuk berkembang dengan lebih maju. 
Antara pelanggan tetap ialah syarikat-syarikat korporat, sekolah-sekolah, pegawai dan lain-lain. 
Tempahan untuk sempena perayaan Hari Raya telah dibuka mulai bulan May.
Dan berakhir 1 Ramadhan
Tempahan cookies boleh dibuat melalui emel.
"nurfadhilah09@yahoo.com"
MENU
Samprit | Chocolate Chip | Butter Milk Chip | Almond London

Laman Lain

mereka yang pernah merasai Hasnah Cookies
Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_largeBe741edf655c69b9065431f12051e8ac_largeBe741edf655c69b9065431f12051e8ac_large


22 May 2012

Result

Be741edf655c69b9065431f12051e8ac_large
Result dah keluar
huhu..
sedih sebab tak dapat capai target 

mak :
okylah menaik 
sem depan naik kan lagi
ayah :
sem depan kne usaha banyak2
kena maintain pointer 3.0 ke atas
baru cgpa naik 

kawan semua tinggi2 
macam tanggala diaorang belah atas
dila bawah lagi
tapi! 
tak bermakna kaki dila tak boleh 
panjat tangga tuh!!
dila boleh dila boleh dila boleh
jangan putus asa
aja aja fighting!!

bagi kate semangat kat diri sendiri huhu..
tapela kann ^^

21 May 2012

La Tahzan

Jangan Bersedih... 
kerana kesedihan hanya akan buat air yang segar terasa pahit
kerana kita masih ada dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, lidah, hati 

kesihatan tubuh badan
kerana kita masih ada agama islam yang benar, ada tempat tinggal, ibubapa yang sayangkan
kita, adik beradik yang boleh buat kita tersenyum

rakan yang sentiase tadahkan telinge
jadi mengapa perlu menangis 
senyumlah ^^






19 May 2012

Outing with Nabilah & Shairah

Semalam dila keluar dengan kawan sekolah Menengah
Nabilah & Shairah
pergi KLCC dan terus melangkah ke Pavilion
Nak tengok wayang citer
THE AVENGERS
kami takut terlambat jadi jalan laju laju
rupa macam dah 
kena kejar dgn anjing je
huhu..
saya dah lah pendek kemetot je
mereka tinggi.. 
cian saya ^^"
nak becakap dengan mereka pun
kena dongak sikit^^"
Oky cite avengers
tu taya dila nak citekanlah
sebab korang tengok je trailer dia
kalau nak tahu sepenuhnye
pergilah tengok oky^^
oky habis wayang kami
pergi solat di surau pavi
lepas solat, ada auntie arab 
tertinggal cincin & jam tangan dia
yang nampak harta dia tu Nabilah & Shairah
dekat tempat wuduk dila tak nampak sebab
saya rabun lagipun dila tak pandang pun tempat yang 
dia letak tu
untie tu tanyalah kiteorang patu 
na jawab balik kenalah bukak otak file BI 
hehe^^"
speaking berbelit time tu
patu 
ttbe ada mak cik tu baru lepas solat dia kate 
masa dia amik wuduk ada lagi
maknanye orang yang amik mybe lepas dia atau orang yang lalu2 
kat situ amik terus blah
kan?
auntie arab tu mcm mara2 dekat pekerja kat situ
kami terus jela pergi
takot kena pape pulak 
oky, end pasal auntie arab
pikir perut pulak
LAPAR
dah nak memikir nama2 tempat makan 
pulak
keluar semu 
KFC, PIZZA, FOOD COURT, NANDO's
tolak2 ayat ni boleh dikatakan diulang hampir 10 kali
sukatilah aku ikut je,
korang nak makan mana,
makan mana ni aku dah lapar,
haha ^^"
dila rajin cakap
"sukatilah aku ikut je"
kahkah
lawak je..pusing2..
last2 kaki menuju ke Nando's
dah masuk duduk kena perah otak lagi
pilih menu pulak
hehe^^"
ayat ni pulak yang banyak keluarnye
aku ikut kau jela,
aku tak retilah nak order kat sini,
aku jarang nak makan kat sini,
korang agak2 dila rajin ulang yg mana satu?
^^
done order makan 
patu berbual2 macam2lah lagi
kepala hijaula..[nabilah]
sampai berkait masuk cite avengers tu 
Nabilah hulk lah itula inila
lawak betul
walau apa pun
saya happy dengan kalian
terima kasih 
kawan 

Gambar tidak dapat dikemukakan
sebab kami tak ambil gambar 
ntah terlupa nak bergambar ^^"







 
by NurFadhilah 2012 .Credit. Hafizah